Wednesday, September 12, 2012

Memahami Penjagaan Bayi

Saya terfikir untuk memulakan kolum ini untuk menjawab banyak persoalan yang sering diajukan . Tambah tambah lagi bila anak saudara dah mula dapat baby.

Baru lah saya rasa pengalaman kami membesarkan 6 anak menjadi pengalaman berguna untuk bantu orang lain

Soalan soalan lazim

1) Baby baru lahir tapi tak pandai hisap susu ibu. Cukup mengecewakan siibu. Macamana nak dibuat?

Jawapannya :

     Setiap bayi yang normal diberikan satu tindakbalas otomatik untuk menghisap susu. Cara mengujinya senang sahaja. Usapkan jari kepipi bayi. Secara otomatik dian akan palingkan mukanya kearah jari yang mengusap pipinya. Inilah tindakbalas otomatik.

    Bayi yang lapar tentu akan minum susu, kecuali kalau dia sakit. Selalunya dia akan rasa lapar setiap 2 atau 3 jam

Jadi, kalau dia menangis tak sampai pun 2 jam lepas menyusu, tangisan tu mungkin bukan sebab lapar. Kalau diberikan susu pun dia tak akan hisap. Kalau dihisap pun , mungkin kerana terpaksa.

Saya pernah lihat seorang bayi kecil yang diberi susu setiap kali dia menangis secara terpaksa. Dia minum juga, hingga perut jadi buncit dan muntah. Doktor namakan ini sebagai overfeeding.

Jadi kalau menangis, periksa lampinnya. Pastikan tak kotor. Pastikan tangisan bukan kerana panas. Kalau siibu rasakan tangisan itu betul betul tangisan lapar, maka usapkan pipinya dengan puting susu ( sewajarnya susu ibu). Maka dia akan mula hisap.

Pastikan mulutnya berada disekitar kawasan puting susu untuk pastikan tenaga hisapannya itu seolah seolah dia memerah susu ibu. Ini tidak akan berlaku kalau puting susu berada betul betul dalam mulutnya. Ini bukan proses memerah. Ibu akan rasa sakit

Bila sakit, air susu akan jadi kurang. Bayi jadi lapar dan akan terus menangis

Bersambung.........

Bahagian 2

1) Saya tak cukup susu. Bila patut mulakan susu formula

Jawapan: Pernah tak kita tengok mamalia lain, seperti kucing yang comel. Siibu sering lahirkan anak, lebih dari satu. Pun begitu, susunya selalunya cukup untuk semua anak yang comel.Mungkin agak kasar membuat perumpamaan begini.

Susu  ibu akan cukup dalam keadaan begini :

 a) Keadaan emosinya mantap. Gembira dengan penjagaan bayi serta jauh dari sebarang kegusaran.

 b) Bayinya cukup mahir menghisap susunya. Lagi banyak susu yang dihisap sepenuhnya, lagi banyak susu yang akan dibuat dalam payu dara

 c) Pengalaman penyusuan menyeronokkan., bukan menyakitkan. Kesakitan akan menghantar deria negatif ke bahagian otak dan saraf. Langsung, pembuatan susu dalam payu dara di perlahankan sebagai mematuhi arahan dari otak dan saraf.,Ini adalah  satu tindakan naluri untuk meredakan kesakitan siibu

 d) Siibu mempunyai bekalan air yang cukup.Air susu yang diminum bayi ,  puncanya dari bekalan air siibu. Ibu yang kurang minum air, atau dalam keadaan yang panas, sentiasa berpeluh, tentu nya perlukan lebih air untuk proses pembikinan susu

Susu formula pun bagus, dalam keadaan terpaksa Namun sudah kerapkali terbukti, penyusuan susu ibu bakal jadikan anak lebih bijak IQ nya. Cuba sedaya mungkin. Berbaloi.

Bersambung...