Thursday, November 10, 2011

HOSPITAL MESRA IBADAH - MENJADIKAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI

Saya diminta memberikan beberapa pandangan tentang konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) didalam satu Konvensyen Hospital Mesra Ibadah baru baru ini http://www.konvensyenhmi.kk.usm.my/program.php

Terus terang saya kata kan , saya agak asing dengan konsep ini, tetapi menyedari tentangnya bila ia diwar warkan diUSM beberapa tahun yang lalu. Sebagai pengamal perubatan diHospital USM, saya arif tentang usaha untuk merealisasikan konsep ini. Saya pernah tengok bungkusan-bungkusan mengandungi debu yang di tawarkan kepada pesakit untuk mudahkan mereka bertayammum. Saya sedar tentang bengkel bengkel untuk doktor atau jururawat tentang cara mudahkan ibadat bagi pesakit, atau tentang urusan kafankan mayat, ISO Mortuari dan banyak lagi. Banyak yang bagus dan menarik.

Tapi saya ada sedikit masalah dengan pemahaman ini .

Apa yang saya sebutkan dalam konvensyen diatas ialah beberapa pemerhatian yang disenaraikan dibawah:

1) Ada 2 dimensi kumpulan sasar yang perlu kita perhatikan dalam sesebuah institusi seperti hospital - pesakit dan perawat ( doktor, jururawat, attenden kesihatan, pekerja kontrak kebersihan dll ). Kemudahan untuk beribadah harus diberikan kepada kedua dua kumpulan sasar ini.

2) Ibadah itu amat luas maknanya, bukan hanya menjurus kepada ritual .Ibadah perawat ialah melalui sumbangan mereka dalam pekerjaan harian. Ia juga harus dimudah dan dimesrakan supaya tempoh mereka dihospital bukan sahaja dianggap sebagai tempoh cari makan, tetapi , lebih penting ialah; tempoh ini adalah ibadat mereka yang akan direkodkan dalam buku amalan.

3) Kemudahan untuk pesakit melakukan ritual ibadat tanpa gangguan dari penyakit amatlah perlu, tetapi pesakit yang terganggu emosinya semasa dalam rawatan dihospital tentunya tidak bersemangat untuk melakukan ritual tersebut , walau semudah mana pun ianya diharuskan; atau sebanyak mana bekalan 'debuan' yang kita bekalkan dalam wad hospital!

4) Pada saya prioriti nombor satu ialah untuk pastikan sesebuah hospital itu menjadikan perkhidmatan untuk pulihkan pesakit serta kemesraan untuk ahli keluarga pesakit satu agenda agong yang tiada kompromi.

5) Gangguan emosi kepada pesakit melalui kehadiran penuntut yang terlalu ramai, ruang klinik yang terlalu sempit, staf yang garang ; memaksa waris berjalan berliku liku hanya untuk melawat yang tersayang, atau kos rawatan yang tinggi yang dituntut berulang-ulang - tentunya bukan formula terbaik untuk memesrakan keadaan

6) Terganggu juga emosi sekiranya, sakitnya mereka itu terpaksa dipendam pendam; hanya kerana juru yang merawat mereka agak sukar untuk datang . Terlalu sibuk dengan KPI yang bermacam macam

7) Noktahnya mudah. Kita harus mesrakan suasana dan keadaan. Maka persoalan ibadah akan mesra dengan sendiri. Debu debuan akan dicari, perihal solat akan diteliti, hukum hakam tentu diperhati, soal iman tidak lagi diragui. Maka cabaran ini adalah khusus untuk kita yang mengetuai institusi; yang mempunyai kuasa dan kerusi tetapi harus diperkuatkan dengan integriti, kreativiti dan keterbukaan hati.

8) Bukan kah kita telah diperingatkan " Kemiskinan itu amat bahaya bagi keimanan". Keperitan dan sengsara bahana kemiskinan ( dalam berbagai bentuk, tentunya )membawa risiko kepada amalan yang penting kepada kejituan iman.

9) Soal kemudahan dan kemesraan suasana institusi sering dibelenggu oleh kekangan wang. Tapi bagi saya, kekurangan wang tidak semalang ketandusan idea dan kreativiti. Gembeling idea dan kreativiti untuk tujuan penjanaan wang; bukan semata mata bergantung kepada subsidi atau bajet kerajaan

ZH
11/11/11

1 comment:

hazni ihsan said...

Kita harus mesrakan suasana dan keadaan. Maka persoalan ibadah akan mesra dengan sendiri. Debu debuan akan dicari, perihal solat akan diteliti, hukum hakam tentu diperhati, soal iman tidak lagi diragui.

Setuju sgn Prof..Mesrakan suasana n Keadaan..adakala terlalu fokus pd KPI n 5s..terlupa bahawa Manusia yg sakit itu perlu DiMEsraka dan diraikan..Ibadah yg semudahnya para Staff perlu biasakan Senyuman..sekurangnya hati terubat dgn sekdar senyuman..
~Jazakallah ,sgr peka Prof sgn sekitar ~